.

Wednesday 18 January 2012

TAHNIAH NAIB JOHAN PERINGKAT DAERAH MANJUNG PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN SKP!!


Pertandingan ini diadakan di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Pasukan SKP berada dalam kumpulan B bersama 3 sekolah lain iaitu SK Chun Cheng, SK Gelung Gajah dan SK Pengkalan Baru. SKP menjadi juara bagi kumpulan B seterusnya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Di peringkat separuh akhir SKP telah bertemu dengan SK ACS Sitiawan. SKP berjaya menewaskan pasukan tersebut dan layak ke peringkat akhir bertemu SK Dato' Ishak yang juga merupakan juara tahun 2011. Pasukan bola tampar perempuan memperolehi tempat kedua. Naib Johan untuk kali pertama percubaan dalam pertandingan Bola Tampar merupakan sesuatu yang amat membanggakan.

No comments:

Post a Comment